
Bersih yang dah tak bersih.
Hari ni aku menulis balik sebab sedih tenggok dalam FB aku penuh dengan Bersih 3.0.
Aku telah lama istiharkan aku pengundi atas pagar semenjak parti yang aku dok sokong dari aku sekolah lagi dah jadi fesyen lain. Aku jadi nyampah bila anak-anak muda melayu dengan penuh yakin berduyun-duyun cuba membanjiri Dataran Merdeka nak tunjukkan siapa yang pegang kuasa di Malaysia ni. Aku tengok tajuk dalam Harakah Daily macam macam ayat hasut yang keluar, mungkin aku dah tua setiap berita yang aku dapat akan aku tapis semasak-masaknya, selayaknya dengan kematangan aku sekarang.
Penuhle video rusuhan di Dataran Merdeka dalam FB aku, sampai aku sekarang dah nak muntah tengok gelagat budak melayu seperti bergembira melakukan rusuhan. Ramai yang ambik kesempatan bila sebuah kereta peronda polis terbabas, sampai terbarai kereta tu dikerjakan dek budak-budak melayu ni. Kononnya budak pelajar yang matang dalam politik katanya, tetapi perangai sama macam kumpulan bendera di Indonesia je lagak gayanya.
Sudahle melayu bangunle dari tidor jangan dok politik je, ekonomi macam tu je le, yang cina dia orang ekonomi dah mantop buat bersih lagi untung esok kalu menang bertambah melimpah ruahle rezeki dek kerana dah ramai puak-puak dia yang boleh membuat dasar.
Melayu dok bertolak ansur je sampai bila-bila, aku kata ni sebab aku dah masak dengan puak-puak ni, hak mereka , hak mereka hak orang pun nak jadi hak mereka kita pun terus le bertolak ansur....pandai orang-orang melayu Malaysia.Tak dapat den nolongnya eh.
Jangan ingat aku ni orang UMNO pulak, mintak maap le aku ni atas pagor..






